Friday 16 October 2015

KEK PISANG GEBU


Kek Pisang
5 biji pisang emas atau rastali - lecek  
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 biji telur gred B  

 Bahan ayak:
1 ½ cwn tepung gandum
½  sk soda bicarbonat
½  sk baking powder
1sk esen vanila 

Cara cara:

Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan.

Putar gula, telur dan minyak hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.

Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.  Masukkan esen vanilla  dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama sejam atau sehingga masak dalam suhu 170C.  Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam.


Sunday 11 October 2015

CHEESEKUT


Cheesekut   
 
250gm cream cheese brand TATURA
1 pack biskut Hup Seng Deluxe Cream Cracker (guna ½ aje boleh dapat 3 layer)
1/2 tin susu pekat manis ( gunakan tak sampai setengah)
1 kotak kecil susu full cream

utk topping :
nestum/serbuk areo atau milo

Cara-cara :
1.     Leser bekas dengan sikit butter.
2.     Guna mixer.  Pukul cream cheese hingga lembut.  Masukkan  susu pekat esen dan sedikit susu full cream lebih kurang   5 sudu .  Pukul sampai cream cheese nampak berkilat dan tidak berketul.    
3.     Celup biskut dalam susu full cream dan susun dalam bekas kemudian masukan cream cheese.  Sapu biar rata.  Buat selapis demi selapis. Buat dalam 3 layer.    Permukaan atas adalah cream chesse.  Akhir sekali  korang tabur milo or nestum /oreo.  
4.         Masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 3@4 jam...



Wednesday 30 September 2015

KEK ZEBRA


Kek Zebra

 

250gm mentega

220gm tepung kek

200 gm gula kastor

50gm air susu - saya guna fresh milk

4 biji telur gred A

2 sudu makan serbuk koko

1 sudu teh esen vanila

½  sudu teh emulco coklat

 

Cara membuatnya:

 

Leser acuan dan panaskan   ketuhar pada suhu 170C

Satukan dan pukul  mentega, gula kastor dan esen vanila dalam mangkuk adunan. hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.

Kemudian masukkan tepung kek yang telah diayak  , sedikit-sedikit sambil dikacau berselang-seli dgn air susu.  Kaupkan sahaja

Bahagikan adunan kpd 2 bahagian yg sama banyak.

Satu dibiarkan warna asal dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan emulco coklat. Kaup adunan hingga sebati. Ambil dua sudu besar  warna asal dan letakan di  tengah-tengah acuan.   Diikuti pula adunan warna coklat.  Ulangi langkah tersebut dan buatlah dengan kemas untuk hasil belang yang cantik.  Bakar selama 1 jam.

Monday 31 August 2015

KEK OREN LEMBAB




kek Oren lembab
Bahan-bahan :

270 gm tepung naik sendiri 
250  gram butter
190 gm gula cawan gula halus  
4 biji telur  gred A  
sedikit esen oren/vanila
1 biji oren, parut kulit
sedikit jus oren
3 sudu besar sunquit

Cara-caranya :

Panaskan oven pada suhu 175C,  Leser acuan. 
Putar butter dan gula hingga putih, 
Masukkan   telur satu persatu dan putar sehingga gebu. 
Masukkan parutan kulit oren, putar hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dengan jus oren,  Kaup tepung tepung hingga sebati
hingga rata dan sebati. 
Tuang dalam acuan dan bakar selama 40 - 45 minit.

PERMATA HATI



Kuih Cara





Kuih Cara


1 mug tepung gandum
1 mug susu cair atau santan kelapa  
1 biji telur
3 helai daun pandan dimesin dengan sikit air utk dapat ½ mug air pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA
1.       Satukan bersama tepung gandum, air daun pandan, pewarna hijau, telur dan masuk dalam blander dan mesin   hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.

2.   Panaskan acuan kuih cara.  Sapukan sedikit minyak dengan daun pandan yang telah diikat dan diracik dihujungnya.    Pastikan minyak tidak bertakung dlm acuan tadi.   

3.   Masuk adunan   tadi dalam bekas bermuncung   tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Biar seketika  supaya tepung dibawah masak sedikit, barulah dimasukan gula (1/3 sudu teh).  Jika bahagian bawah kuih masih cair, gula akan menembusi kuih dan air gula akan keluar  dan melekatkan pada acuan.   Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan.

Sunday 23 August 2015

Nasi Hujan Panas



NASI HUJAN PANAS

2 cawan beras/basmati [basuh dan toskan]
3 cawan air
½  cawan susu cair
1 helai daun pandan [simpulkan]
1 tsp garam
pewarna hijau, merah dan kuning
2   minyak sapi plus minyak jagung

Bahan tumis:
4 sekawan  

* Mesin atau hiris

1 inci halia    3 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih 

Cara membuat:
1. Panaskan majerin/minyak sapi dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis,   dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair,. Kacau rata.   Tuang dalam periuk nasi yang telah dimasukan beras.
5. Masak saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan. Taburkan kismis.
7. Biarkan nasi masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Hidangkan nasi   ayam masak merah dan dalca. 

Sunday 26 July 2015









Ayam Masak Merah - Chef Wan


Ayam Masak Merah  chef wan  (yang asal)




BAHAN-BAHAN

Minyak sapi
6 sudu besar
Kulit kayu manis
1 cm
Bunga cengkih
4 kuntum
Buah pelaga
4 biji
Air
125 ml
Ayam
1 kg, dibelah 12 dan digaul dengan kunyit dan garam lalu di goreng sampai masak dan diasingkan
Kismis hitam
125g, dicincang halus
Sos tomato
250ml
Madu
3 sudu besar
Serai
1 batang, dititik
Lengkuas
1 cm, dititik
Garam
Secukup rasa
Bijan
2 sudu kecil, digoreng tanpa minyak sehingga wangi
Daun pudina
1 tangkai


Dikisar halus

Bawang merah
10 ulas, dikupas
Bawang putih
2 ulas, dikupas
Halia
2 cm, dikupas
Serai
1 batang
Cili kering
15 tangkai, direndam dalam air panas dan dituskan



CARA

·         Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga serta rempah yang telah dikisar.

·         Setelah wangi, masukkan sedikit air, ayam yang telah digoreng, kismis hitam, sos tomato serta madu. Kemudian, masukkan serai, lengkuas dan garam. Masak sehingga ayamnya empuk.

·         Sebelum diangkat, taburkan bijan di atasnya bersama dengan daun pudina.

KEk COKLAT SEDAP


Kek Coklat
1 Cawan Gula
1 Cawan Serbuk Koko
1 Cawan Minyak Masak
1 Cawan Susu Cair
1/2 Cawan Susu Pekat Manis
( Pukul Sebati bahan di atas )
Bahan B
1 Cawan Suku Tepung gandum

1 sudu makan baking powder
1 sudu makan soda bikarbonat
( Diayak dan satukan gdn bahan A )

4 Biji telur dipukul berasingan dan tuangkan pada bhn di atas.

Untuk coklat lembab ( Topping )
200g wip cream / susu segar300g Coklat masakan

Nota:
ini versi bakar.  Bakar selama 45 minit jer..


Kukus selama 1 jam setengah jika guna loyang kecil dan ditutup ngan alumunium foil.

Boleh juga gunakan tupperware.. kukus gunakan penutupnya sekali lagi mudah....



Pancake


Pancake

3 sudu besar   minyak jagung

2 1/2  cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking bikarbonate
2 sudu besar gula atau madu
200 ml cawan susu cair
1 cawan air, 1 telur
secubit garam

1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit**
3. Tuangkan sesenduk adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih dan terbalikan
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat