Friday, 7 October 2016

Kuih Kosui

 



Kuih Kaswi saiz Kecil

Bahan bahan:

1 cawan tepung gandum

¾ cawan tepung jagung

Air gula di tapis

gula merah plus gula melaka

1 cawan gula pasir

3 ½ cawan air

Bahan lain:

Kelapa parut muda dan sedikit garam yang telah digaul


Cara cara:

Masak gula merah dan sejukkan sehingga agak agak air gula suam dan tapis.


Panaskan periuk pengukus. Masukkan Loyang yang telah disapu minyak Penutup pengukus dibalut dengan foil.

Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Boleh masuk air gula dan kacau. Tapiskan. Rasa manisnya . Tapis ke dalam Loyang yang telah disapu minyak. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 1jam sehingga masak dengan menggunakan api yang besar.