Monday 2 December 2019

AGAR-AGAR GULA MERAH


Agar-Agar Santan gula merah (ZAN Disember 2019)

Bahan-bahan :
·                     20 gm  agar-agar    
·                     1200 ml    
·                     1 ½ ketul gula melaka yang dirancik2
·                     1/4 cwn gula pasir (ikut rasa)
·                     200 ml santan pekat  tambah skit air
·                     1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 
·                     Secubit garam  
·                     2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:  
·                     Masak agar-agar hingga hancur dan  masuk gula melaka dan , gula pasir  Kemudian tapis.   Mendidih dan rasa manis dulu..masukkan santan  yang telah dikacau dengan telur berserta sikit garam. 
·                      Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.  Menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Tutup api.    Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras.  Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan   

Tuesday 19 November 2019

KEK BATIK




KEK BATIK

1 ketul buttercup (250mg) – selalu rasa ada masin sikit
1 cawan susu pekat manis (xnak manis boleh kurangkan)
200g milo (peket paling kecil)
3 sudu besar  serbuk koko  
1 peket (300g) biskut marie
Plastik/kertas minyak
Panaskan buttercup  dalam periuk yang tak melekat.   Biar cair dan masukan susu pekat , milo  dan koko.  Biar sebati dan tuangkan ke tuang biskut yang telah di patah 4.   Kaub2 dan masuk dalam bekas yang telah dilenser dengan kertas minyak atau plastic.  Beku selama 4 jam.

KUIH CARA 2019


KUIH CARA  (lebih kurang 40)

1 mug tepung gandum
1 mug santan kotak dicampur dengan air dijadikan sukatarn
1 biji telur
3 helai daun pandan dimesin dengan sikit air utk dapat ½ mug air pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA 
1.       Satukan bersama tepung gandum, air daun pandan, pewarna hijau, telur dan masuk dalam blander dan mesin   hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.

2.   Panaskan acuan kuih cara.  Sapukan sedikit minyak dengan daun pandan yang telah diikat dan diracik dihujungnya.    Pastikan minyak tidak bertakung dlm acuan tadi.

3.   Masuk adunan   tadi dalam bekas bermuncung   tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Biarseketika  supaya tepung dibawah masak sedikit, barulah dimasukan gula (1/3 sudu teh).  Jika bahagian bawahkuih masih cair, gula akan menembusi kuih dan air gula akan keluar  dan melekatkan pada acuan.   Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan.





Monday 30 September 2019

PULUT KACAU




Bahan-bahannya:
1 cawan beras pulut
 Air lebih paras beras

.
CARA PENYEDIAAN PULU
1. Masukkan beras dan air ke dalam periuk noxxa.  Masukkan juga daun pandan yg telah disimpul.
2. Set High Pressure HP03 selama 13 minit untuk masak pulut.
3. Bila dah siap masak, release kan wap air secara perlahan2. 

Air gula
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 cawan gula merah
Sedikit garam
Sehelai daun pandan

CARA PENYEDIAAN AIR GULA –  
1. Tekan button STIR FRY untuk masak air gula.
2. Masukkan gula Melaka + ½ cawan air dan santan ke dalam periuk. Tambahkan sedikit garam dan     kacau..
3. Kacau air gula sehingga likat dan pekat.
4. Bila air gula dah pekat dan likat, masukkan pulut yg telah siap dimasak ke dalam air gula.
6. Gaul sehingga sebati. Masukkan dalam loyang dan tekan2 bagi padat

Wednesday 21 August 2019

KEK PISANG MOIST



















Kek Pisang Moist

Bahan berikut diayak  
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
 
4 biji pisang berangan (atau 7 pisang emas  dilenyek)
1 cawan minyak  jagung
1 cawan gula (½ gula castor, ½ gula perang) 
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
 
Cara penyediannya
1.             Lenyekkan pisang. 
2.             Pukul telur, gula, telur hingga kembang dan esen vanila.   Kemudian tuang bahan yang dah dipukul  ke dalam bekas.  Masukkan pisang lenyek dan tepung skit2 dan kaupkan..
3.             Kaup balik tepung   hingga sebati.
4.             Alaskan loyang dengan kertas minyak.  Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 45 minit atau sehingga kek masak.  Dah sejuk sedia dihidangkan





Sunday 18 August 2019

KEK BELANG - VERSI SEPARUH



Kek Zebra

125 gm mentega
110gm tepung kek
100  gm gula kastor
25 gm air susu - saya guna fresh milk
3 biji telur  
1 sudu makan serbuk koko
½ sudu teh esen vanila
sedikit emulco coklat utk bagi terang


 Cara membuatnya:

Leser acuan dan panaskan   ketuhar pada suhu 170C

Satukan dan pukul  mentega, gula kastor dan esen vanila dalam mangkuk adunan. hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.

Kemudian masukkan tepung kek yang telah diayak  , sedikit-sedikit sambil dikacau berselang-seli dgn air susu.  Kaupkan sahaja

Bahagikan adunan kpd 2 atau 3  bahagian yg sama banyak. Guna acuan kecil.


Satu dibiarkan warna asal dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan emulco coklat dan satu lagi warna merah Kaup adunan hingga sebati. Ambil dua sudu besar  warna asal dan letakan di  tengah-tengah acuan.   Diikuti pula adunan warna coklat dan merah.    Bakar selama 30 minit