Monday 2 December 2019

AGAR-AGAR GULA MERAH


Agar-Agar Santan gula merah (ZAN Disember 2019)

Bahan-bahan :
·                     20 gm  agar-agar    
·                     1200 ml    
·                     1 ½ ketul gula melaka yang dirancik2
·                     1/4 cwn gula pasir (ikut rasa)
·                     200 ml santan pekat  tambah skit air
·                     1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 
·                     Secubit garam  
·                     2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:  
·                     Masak agar-agar hingga hancur dan  masuk gula melaka dan , gula pasir  Kemudian tapis.   Mendidih dan rasa manis dulu..masukkan santan  yang telah dikacau dengan telur berserta sikit garam. 
·                      Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.  Menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Tutup api.    Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras.  Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan   

Tuesday 19 November 2019

KEK BATIK




KEK BATIK

1 ketul buttercup (250mg) – selalu rasa ada masin sikit
1 cawan susu pekat manis (xnak manis boleh kurangkan)
200g milo (peket paling kecil)
3 sudu besar  serbuk koko  
1 peket (300g) biskut marie
Plastik/kertas minyak
Panaskan buttercup  dalam periuk yang tak melekat.   Biar cair dan masukan susu pekat , milo  dan koko.  Biar sebati dan tuangkan ke tuang biskut yang telah di patah 4.   Kaub2 dan masuk dalam bekas yang telah dilenser dengan kertas minyak atau plastic.  Beku selama 4 jam.

KUIH CARA 2019


KUIH CARA  (lebih kurang 40)

1 mug tepung gandum
1 mug santan kotak dicampur dengan air dijadikan sukatarn
1 biji telur
3 helai daun pandan dimesin dengan sikit air utk dapat ½ mug air pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA 
1.       Satukan bersama tepung gandum, air daun pandan, pewarna hijau, telur dan masuk dalam blander dan mesin   hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.

2.   Panaskan acuan kuih cara.  Sapukan sedikit minyak dengan daun pandan yang telah diikat dan diracik dihujungnya.    Pastikan minyak tidak bertakung dlm acuan tadi.

3.   Masuk adunan   tadi dalam bekas bermuncung   tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Biarseketika  supaya tepung dibawah masak sedikit, barulah dimasukan gula (1/3 sudu teh).  Jika bahagian bawahkuih masih cair, gula akan menembusi kuih dan air gula akan keluar  dan melekatkan pada acuan.   Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan.





Monday 30 September 2019

PULUT KACAU




Bahan-bahannya:
1 cawan beras pulut
 Air lebih paras beras

.
CARA PENYEDIAAN PULU
1. Masukkan beras dan air ke dalam periuk noxxa.  Masukkan juga daun pandan yg telah disimpul.
2. Set High Pressure HP03 selama 13 minit untuk masak pulut.
3. Bila dah siap masak, release kan wap air secara perlahan2. 

Air gula
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 cawan gula merah
Sedikit garam
Sehelai daun pandan

CARA PENYEDIAAN AIR GULA –  
1. Tekan button STIR FRY untuk masak air gula.
2. Masukkan gula Melaka + ½ cawan air dan santan ke dalam periuk. Tambahkan sedikit garam dan     kacau..
3. Kacau air gula sehingga likat dan pekat.
4. Bila air gula dah pekat dan likat, masukkan pulut yg telah siap dimasak ke dalam air gula.
6. Gaul sehingga sebati. Masukkan dalam loyang dan tekan2 bagi padat

Wednesday 21 August 2019

KEK PISANG MOIST



















Kek Pisang Moist

Bahan berikut diayak  
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
 
4 biji pisang berangan (atau 7 pisang emas  dilenyek)
1 cawan minyak  jagung
1 cawan gula (½ gula castor, ½ gula perang) 
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
 
Cara penyediannya
1.             Lenyekkan pisang. 
2.             Pukul telur, gula, telur hingga kembang dan esen vanila.   Kemudian tuang bahan yang dah dipukul  ke dalam bekas.  Masukkan pisang lenyek dan tepung skit2 dan kaupkan..
3.             Kaup balik tepung   hingga sebati.
4.             Alaskan loyang dengan kertas minyak.  Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 45 minit atau sehingga kek masak.  Dah sejuk sedia dihidangkan





Sunday 18 August 2019

KEK BELANG - VERSI SEPARUH



Kek Zebra

125 gm mentega
110gm tepung kek
100  gm gula kastor
25 gm air susu - saya guna fresh milk
3 biji telur  
1 sudu makan serbuk koko
½ sudu teh esen vanila
sedikit emulco coklat utk bagi terang


 Cara membuatnya:

Leser acuan dan panaskan   ketuhar pada suhu 170C

Satukan dan pukul  mentega, gula kastor dan esen vanila dalam mangkuk adunan. hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.

Kemudian masukkan tepung kek yang telah diayak  , sedikit-sedikit sambil dikacau berselang-seli dgn air susu.  Kaupkan sahaja

Bahagikan adunan kpd 2 atau 3  bahagian yg sama banyak. Guna acuan kecil.


Satu dibiarkan warna asal dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan emulco coklat dan satu lagi warna merah Kaup adunan hingga sebati. Ambil dua sudu besar  warna asal dan letakan di  tengah-tengah acuan.   Diikuti pula adunan warna coklat dan merah.    Bakar selama 30 minit



SANTAI..








Wednesday 10 July 2019

HIMPUNAN DOA








KELEBIHAN BULAN ZULKAEDAH

KELEBIHAN BULAN ZULKAEDAH  
  
Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram. Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan. Masyarakat kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita sebagai umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan-bulan haram ini. 

Eratkan silaturrahim, yang bermusuh, damaikanlah, yang berdendam, berlapanglah dan yang renggang, rapatkanlah, InsyaAllah hidup penuh berkat dan harmoni.      Tiada ibadah khusus dalam bulan Zulkaedah. Bulan Zulkaedah adalah bulan permulaan musim haji. Namun begitu sebahagian besar ulamak mengatakan bahawa umrah adalah lebih afdhal di bulan Zulkaedah berdasarkan Rasulullah SAW mengerjakan umrah-umrah beliau di bulan Zulkaedah dan haji tamattu' juga dimulakan di bulan Zulkaedah. Daripada Abu Bakrah(1), sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya: 

Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya'aban     Elak lakukan kezaliman termasuk berperang:-Secara umumnya tiada waktu-waktu tertentu yang perlu diekslusifkan untuk bertaqwa. Tiada juga tempat-tempat tertentu yang dikhususkan untuk mentaati Allah. Samada pagi atau petang ketaatan kepada Allah tetap wajib setiap saat kehidupan. Begitu juga tidak mengira tempat, samada di masjid, pusat membeli belah, rumah, tempat kerja mahupun padang permainan sekalipun wajib kita mentaati Allah. Kerana Allah Maha Melihat. Di mana sahaja kita berada pasti diperhatikannya. Walaupun dalam Islam perlunya ketaatan tanpa mengira tempat dan waktu, namun dalam masa yang sama juga Islam meletakkan juga tempat dan waktu tertentu kelebihan dalam melaksanakan ketaatan.    

Beribadat pada bulan Ramadhan, hari Arafah, hari Jumaat, solat pada sepertiga malam sebagai contoh menunjukkan ada kelebihan khusus Allah letakkan kepada hamba-hambaNya yang bijak memilih waktu terbaik. Begitu juga solat dan ibadah di Tanah Haram, adab di masjid dan perkuburan, doa di Raudhah dan banyak lagi tempat yang membuktikan Islam juga tempat tertentu dengan kelebihan berbanding tempat yang lain. Ini kerana Allah mahu melihat siapakah di kalangan hambaNya yang paling berjaya. 

Perkara ini bertepatan dengan firman Allah SWT : “Maha suci Allah yang di tanganNya segala pemerintahan dan Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu perkara. Dialah yang menjadikan kematian dan juga kehidupan untuk menguji siapakah di antara kamu semua yang lebih baik amalannya. Dialah yang maha Perkasa lagi Maha Pengampun”. (Surah al-Mulk: 1-2).     Dalam Islam terdapat dua belas bulan yang dimulai dengan bulan Muharram dan diakhiri dengan Zulhijjah. 

Di antara dua belas bulan ini terdapat empat bulan daripada bulan-bulan Hijrah ini yang disebut sebagai bulan-bulan haram. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah SWT itu adalah dua belas bulan sepertimana yang terdapat dalam Kitab Allah semenjak diciptakan langit dan bumi dan di antaranya empat bulan hurum”. (Surah al-Taubah :36). Firman Allah SWT yang lepas disebutkan bahawa Allah SWT menciptakan dalam kehidupan manusia empat bulan yang dinamakan ‘bulan-bulan hurum’. Perkataan ‘hurum’ merupakan kalimat Arab yang menunjukkan jama’ atau plural daripada perkataan ‘singular’nya iaitu ‘haram’ yang membawa maksud larangan. Apabila menyebut tentang bulan-bulan haram ianya menunjukkan tentang kemuliaan yang terdapat pada bulan-bulan tersebut. Hal ini termasuklah fadhilat-fadhilat mahupun tegahan-tegahan yang terdapat padanya. 

Bulan-bulan haram yang dimaksudkan adalah empat bulan Islam iaitu Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya zaman(tahun) telah berputar sebagaimana keadaannya sejak hari Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu terdapat dua belas bulan dan di antaranya ada empat bulan yang suci, tiga berturut-turut iaitu Zulqaeddah, Zulhijjah dan Muharram dan keempatnya ialah bulan Rejab ‘Mudhar’ yang jatuh antara dua Jamadil (iaitu Jamadil Awal dan Jamadil akhir) dan Sya’ban”. ( Hadith Muttafaqun ‘Alaih).     Para ulama’ membahaskan tentang sebab penamaan empat bulan ini sebagai bulan-bulan haram. Para ulama’ bersepakat bahawa dinamakan keempat-empat bulan ini sebagai bulan-bulan haram kerana diharamkan dalamnya peperangan dan kezaliman. Al-Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sa’diy dalam kitab tafsirnya Taysir al-Karim al-Rahman menyatakan bahawa bulan-bulan ini dinamakan bulan-bulan haram kerana kehormatan dan pengharaman perang yang terdapat padanya. Firman Allah SWT: “Janganlah kamu menzalimi diri kamu semua dalamnya (bulan-bulan haram)”. (Surah al-Taubah: 6).     

Al-Imam al-Syaukani dalam tafsirnya Fath al-Qadir menyatakan bahawa kezaliman yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah peperangan dan juga apa saja tindakan yang menjurus kepada kezaliman. Daripada ayat ini al-Hafiz Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa sesuatu kezaliman itu hukumnya adalah berdosa dan haram dan apabila dilakukan dalam bulan-bulan haram maka dosanya adalah lebih berat. Dalam mazhab al-Syafi’ie pula menetapkan bahawa sesiapa yang melakukan pembunuhan dengan tidak sengaja pada bulan-bulan haram maka diyah (denda) yang dikenakan ke atasnya adalah lebih berat berbanding bulan-bulan biasa. 

Kelebihan-Kelebihan Pada Bulan-Bulan Haram:     Sepertimana yang kita ketahui, bulan-bulan haram terdapat kelebihan padanya. Antara kelebihan yang utama adalah disunatkan berpuasa pada bulan-bulan tersebut. Dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Abu Daud rhm, seorang sahabat datang bertemu Nabi SAW untuk memohon daripada Nabi SAW supaya memberi kebenaran kepada beliau untuk lebih banyak berpuasa. Dalam hadith tersebut Nabi SAW telah bersabda: “Puasalah beberapa hari daripada bulan-bulan haram dan tinggallah sebahagiannya.”     Daripada hadith ini dapatlah diketahui bahawa berpuasa pada beberapa hari dalam bulan-bulan haram hukumnya adalah sunat namun tidak boleh keterlaluan sehingga berpuasa keseluruhan hari dalam bulan-bulan tersebut. 

Antara kelebihan-kelebihan khusus pada bulan-bulan haram adalah: 

1. Rejab Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh mengikut kalendar Hijrah. Antara catatan sejarah penting yang berlaku pada bulan ini adalah peristiwa Isra’ dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab. Dalam peristiwa tersebut telah difardhukan solat lima waktu ke atas seluruh umat Islam. 

Dinukilkan daripada Nabi SAW seperti berikut: “Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” (Direkodkan oleh Imam Ahmad dan dinilai dhaif oleh al-Sayuti, al-Baihaqi, Ahmad Syakir dan al-Albani). Walaupun hadith ini merupakan hadith yang dhaif namun sebahagian ulama’ membenarkan untuk mengambil pengajaran daripada hadith dhaif selagi mana hadith tersebut bukanlah dikategorikan dalam darjat ‘dhaif syadid’ iaitu terlampau lemah antaranya disebabkan celaan ke atas ‘perawi’ (periwayat) hadith tersebut.

 Berkenaan amalan dan kelebihan berpuasa pada bulan Rejab secara khusus, tidak terdapat sebarang dalil daripada al-Quran mahupun al-Sunnah. Manakala khabar-khabar berkenaan beberapa hadith yang menceritakan tentang kelebihan puasa pada bulan Rejab bukanlah hadith-hadith yang boleh dijadikan hujjah kerana para sarjana hadith telah mengklasifikasikan hadith-hadith tersebut sebagai hadith ‘maudhu’ (palsu) mahupun ‘dha’fun syadid’ iaitu terlampau lemah. Namun puasa pada bulan Rejab boleh dilaksanakan jika kita berniat untuk berpuasa pada hari-hari dalam bulan haram. 2. Zulkaedah Bulan Zulkaedah adalah bulan haram dan pada masa yang sama merupakan antara bulan-bulan pelaksanaan ‘manasik’ (tatacara ibadah) haji. Firman Allah SWT: “(Musim) Haji adalah bulan-bulan yang dimaklumi…” (Surah Al-Baqarah:197). 

Bulan-bulan haji ini adalah bulan Syawal, Zulkaedah dan sepuluh awal Zulhijjah. Dalam Tafsir Ibnu Kathir dinyatakan bahawa dalam mazhab al-Syafi’ie, jika sesuatu ibadah haji diniatkan di luar bulan-bulan haji maka tidak sah haji tersebut. Pendapat ini juga merupakan pendapat kebanyakan para sahabat antaranya Ibnu ‘Abbas dan Jabir bin Abdillah. Al-Hafiz Ibnu Kathir juga telah menukilkan daripada Ibnu Abbas dengan kata beliau: “Daripada sunnah itu adalah tidak berihram dalam haji kecuali pada bulan-bulannya.” Hal ini bertepatan dengan sunnah nabi SAW apabila nabi SAW memulakan ihram bagi haji Baginda SAW pada bulan Zulkaedah. Nabi SAW juga telah menunaikan umrah baginda sebanyak empat kali pada bulan Zulkaedah 3. Zulhijjah.

Kelebihan utama dalam bulan ini ialah umat Islam akan menunaikan ibadat haji di Mekkah al-Mukarramah bermula daripada hari tarwiyyah pada 8 Zulhijjah sehinggalah 13 Zulhijjah. Pada bulan ini juga disunatkan berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah), bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat haji. Pada bulan ini juga umat Islam menyambut perayaan Aidul Adha dan melakukan ibadat korban. 4. Muharram. Dalam bulan Muharram umat Islam disunatkan berpuasa pada hari-harinya. Sabda Nabi SAW: “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah iaitu Muharram” (Hadith riwayat Imam Muslim). Selain itu disunatkan juga untuk kita berpuasa pada hari ‘Asyura iaitu pada 10 Muharram sepertimana yang telah direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab Sahih mereka. Konklusinya, bulan-bulan haram merupakan bulan yang terdapat padanya kemuliaan-kemuliaan tertentu.

 Namun setiap ibadah yang kita lakukan dalam bulan-bulan tersebut mestilah selari dengan Sunnah Nabi SAW supaya setiap ibadat kita itu diterima oleh Allah SWT dan tidak termasuk dalam amalan yang sia-sia. Sekian W,salam (14 Zulkaedah 1433H Time 17:35 )

 Petikan dari Iman Muda Asyraf dan Jab.Muti Melaka. 

MASAKAN RAYA 2019




DALCA TOK MAMA /d

DAGING GORENG KICAP  ( Mami Penang)

Ayam Masak Merah santan  

RAYA 2019 EDISI KE-3









RAYA 2019 KE -2










KEK OREN MOIST