Sunday 18 August 2019

KEK BELANG - VERSI SEPARUH



Kek Zebra

125 gm mentega
110gm tepung kek
100  gm gula kastor
25 gm air susu - saya guna fresh milk
3 biji telur  
1 sudu makan serbuk koko
½ sudu teh esen vanila
sedikit emulco coklat utk bagi terang


 Cara membuatnya:

Leser acuan dan panaskan   ketuhar pada suhu 170C

Satukan dan pukul  mentega, gula kastor dan esen vanila dalam mangkuk adunan. hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.

Kemudian masukkan tepung kek yang telah diayak  , sedikit-sedikit sambil dikacau berselang-seli dgn air susu.  Kaupkan sahaja

Bahagikan adunan kpd 2 atau 3  bahagian yg sama banyak. Guna acuan kecil.


Satu dibiarkan warna asal dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan emulco coklat dan satu lagi warna merah Kaup adunan hingga sebati. Ambil dua sudu besar  warna asal dan letakan di  tengah-tengah acuan.   Diikuti pula adunan warna coklat dan merah.    Bakar selama 30 minit



No comments:

Post a Comment